N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

7 Dis 2012

5 DISEMBER 2012 : PHOBIA DAN TRAUMA

Salam Semua

Ya 5hb yg lepas ni.. telah terjadi sesuatu perkara yg tak di ingini kat tmpt keja aku tu
kejadian yg membuatkan kami2 yg keja kat situ phobia n trauma

Lokasi tmpt keja 
story mory bermula bila aku sampai ke office..
cam biasa masuk office.. tapi agak pelik bila tgk pengurus aku duduk kat kaunter dpn..
sepanjang aku keja kat situ..
jarang tgk pengurus duk kat kaunter dpn pagi2...
pastu tetiba salah sorang staff kitaorg maklumkan..
office kitaorg kena rompak...
pergghhhhh... terus rasa menggigil bila dgr..
dan2.. tu terus g tgk bilik pengurus...

 mula2 yg nampak..
pintu belakang dah ternganga cam gambo kat atas tu...
mengikut story mory staff yg mula2 sampai
masa buka pintu depan 
agak terkejut la bila tgk pintu tgh dah ternganga..
aircond idup.. sedangkan masa blk sebelum tu..
memang semuanya dah tertutup rapat..
pastu bila masuk kat bilik pengurus nak punch kad..
lagi terkejut beso bila tgk pintu belakang dah ternganga..
dan keadaan bilik pengurus bersepah2..... 
meja pengurus dah beralih arah...
rupanya perompak dah hambik peti besi yg terletak di bawah meja 
kat bilik pengurus tu...
perrrgghhhh..... peti besi yg beratnya 300kg blh dihangkut oleh perompak2 tu..

 yg aku bulatkan tu.. adalah tmpt dimana peti besi tersimpan..
dalam peti besi tu ada cash money dlm RM11ribu lebih wokey...
cek 2 keping bernilai RM500 lebih..
berserta duit float untuk kaunter...
perompak tu memang profesional..
kat office aku tu ada 8 cctv wokey..
perompak tu dah hambik skali dvd recoder utk cctv tu..
dvd tu terletak bersebelahan ngan peti besi tu..
perompak tu tak nak sebarang bukti yg tinggal la konon..

 ni meja pengurus aku yg dah beralih arah..
meja ni kedudukan asalnya..
cam bentuk L dari tmpt peti besi yg hilang tu..
kedudukannya berubah melintang dari asal...
carpet kat bilik pengurus tu ada kesan tapak kasut..
serta kesan benda berat ditarik...
kami rasanya kesan peti besi yg kena seret agaknya..

 pastu kt dpn kaunter ada almari tuk letak barang2 produk
baru kami perasan.. pintu cermin tu terbuka
kat dlm tu ada 2 biji kamera kodak digital
yg berharga RM300lebih setiap satu..
kamera tu memang display utk dijual kepada customer2 yg berminat nak beli..
pun lesap diambil perompak2 tu..
pintu kaca tu.. telah dipotong kuncinya..
nak tau dari mana perompak2 tu masuk..
 dari tingkap kecik bilik air ni..
perompak tu potong gril tu.. 
dan juga siap potong wayar alarm n cctv..
anak panah tu menunjukkan kedudukan wayar cctv ngan alarm
kedudukannya berada di atas grill tu..
cekap dan profesional kan..
bukan calang2 org blh buat camni..
masuk ikut tingkap.. keluar ikut pintu bilik pengurus tadi..

Laporan polis telah dibuat..
dan sekarang ni dalam siasatan polis..
anggaran kerugian dlm RM12 ribu lebih..
suspek telah dapat di kenal pasti..
berdasarkan master cctv..
eemmm tu la kan sepandai2 tupai melompat..
akhirnya jatuh jua ketanah..
begitu gak ngan kes pecah masuk kat office kami..
masa polis datang...
ada satu benda yg polis jumpa 
apa dia.. biarlah rahsia..
tapi sebelum hari kejadian tu..
memang ada seseorg yg di curigai telah masuk kedai kami..
aku ingatkan cust nak tnya produk.. kalau cust biasa la kan.. 
kena la layan seperti biasa..
walaupun cam ada something yg tak kena...
tapi masa tu.. tak la syak apa2 pun.. cuma rasa curiga je..
selepas dah terjadi baru la perasan dan teringat... pasal cust yg dicurigai tu..
tapi benda dah nak kena kan..
mana la kita tau nak jadi kan..
Lepas dari kejadian tu.. 
pengurus aku yg sememangnya ada darah tinggi..
makin tinggi la darahnya.. 
sampai ketahap kena tahan wad kat spital..
sib baik la masa kejadian pecah masuk tu..
waktu malam... kalau time waktu kami berkerja..
isshhh... tak blh di bayangkan..
takut jadinya.. kalau la perompak tu ada senjata lagi la bahaya..
 hingga kini kami2 yg kat office masih lagi rasa phobia...

p/s: minta dijauhkan la semua perkara2 yg tak diingini..




 

6 ulasan:

Unknown berkata...

Alahai... kesiannya kak... Benda dah nak jadi kan? Agak-agak siapa pencuri ni kak? Biarlah rahsia ke? Hehehe...

Tie HT berkata...

as salam

moga semuanya selamat dan dapat pengadilan..kena ajar cukup2 permpak tu

Dee berkata...

tp pelik kan tau aje mana semua cctv, peti besi..adakah org dlm bekerjasama dgn perompak tu? maaflah, dee teka2 je ni..mujur juga tak buat siang hari waktu pejabat..lagi takutkan..

CuTeMiUt78 berkata...

~reena~
aahhhhaakkkks... biarlah rahsia... perompak yg tak dikenali..

CuTeMiUt78 berkata...

~tihara~
aah memang pun

CuTeMiUt78 berkata...

~dee~
eemmmm tak pasti... tapi sebelum kejadian memang suspek ada masuk kat sni.. mungkin masa tu la dia buar survey..