N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

18 Ogo 2011

MIRUL ADA UDANG KARA ???

Salam Semua

Bersiaran kembali... aahhaakksss..
cam siaran langsung plak.. nak bersiaran2 gitu kan..
eemmm yg bebenornya tensen ni..
sebab system tgh problem..
so tak blh nak buat pe2...
makanya tuk menghilangkan kebosanan..
duk buka blog jap..
tgk2 kat draft.. mana2 n3 yg rasa2 cam nak di publish...
eemmmm tgk gambo2 kat draft tu....
terbekenan plak ngan gambo ni..
trus... TING !!!!
dpt idea nak mengarang citer... :D
gambo apa tu erk...
meh tgk..
*
*
*
*
*
hah.. korang nampak tak... tu apa..
eemmmm tu la dia... UDANG KARA
my cik abg dpt.. masa dia g mancing..
bila..?? aku pun tak ingat...
sekarang ni.. hayat udang tu masih idup lagi tau..
jd peliharaan Mirul plak dah..
siap ayah dia.. belikan aquarium kecik tu ha..
semata2 nak letak udang tu...
citer pasal udang kara ni..
teringat aku ada terbaca kat paper Metro hari Ahad lepas tak silap aku..
kat email pun aku ada terima citer pasal udang kara
yg berharga RM100

CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya bazar Ramadan dikaitkan dengan jualan makanan murah atau sederhana tetapi lain pula di Taman Melawati, di sini, apabila sebuah gerai menawarkan udang kara bakar berharga RM100 seekor.
Keunikan itu menyebabkan gerai Botak Ikan Bakar menjadi tumpuan pengunjung bazar itu hingga pengusahanya tidak menang tangan melayan pelanggan.
Pemilik gerai, Ahmad Rahamat, 48, berkata dia menjual udang kara seberat satu kilogram pada harga RM100 selepas siap dibakar dengan ramuannya yang pasti membangkitkan selera pelanggan.
“Saya tidak menjual udang kara setiap hari, sebaliknya bergantung kepada jumlah udang yang saya berjaya dapatkan di pasar sekitar Kuala Lumpur.
“Sambutan diberi sungguh menggalakkan. Walaupun ada yang mengatakannya mahal, bagi individu yang tahu nilai sebenar udang ini, harga itu berpatutan,” katanya.
Dia yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata, selain ikan bakar, dia menjual ketam, udang dan sotong bakar serta menampilkan pelbagai pilihan hidupan laut yang lain.
Sementara itu, Suhaimi Yahman, 37, sanggup meninggalkan sementara kerja tetapnya selama sebulan semata-mata mahu merebut peluang menjalankan perniagaan pada bulan puasa.
Katanya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikannya kerana pada masa itulah gerainya kembali beroperasi selepas berehat 11 bulan sebelumnya.
Suhaimi yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta berkata, dia memohon cuti sebulan hanya kerana mahu berniaga di bazar Ramadan dan persiapan dilakukan beberapa minggu sebelum itu.
“Saya menjalankan perniagaan roti john hanya pada Ramadan sejak berusia 18 tahun lagi kerana bulan ini meriah dengan pelbagai juadah makanan dan mendatangkan rahmat kepada peniaga.
“Tidak seperti hari biasa, tempoh sebulan ini dianggap peluang menjana pendapatan kerana kebanyakan umat Islam gemar mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan juadah berbuka,” katanya.
Sekali imbas, gerai roti johnnya di bazar Ramadan Taman Setiawangsa, di sini, mungkin sama dengan gerai lain tetapi apabila dilihat secara dekat, roti john yang dijualnya mempunyai kelainan.
Tidak seperti roti john yang biasanya hanya berintikan daging atau ayam, dia menawarkan dua jenis inti tambahan yang unik iaitu rendang dan sardin.
Katanya, dia mendapat idea menukar inti roti john itu selepas mendapat maklum balas daripada pelanggannya yang mahukan kelainan dan daripada situ tercetusnya idea untuk membuat inti itu.
“Pada awal perniagaan, saya hanya menjual roti john biasa tetapi sejak kira-kira lima tahun lalu, saya menjual roti john berintikan sardin dan rendang. Sambutan diberi pelanggan sungguh menggalakkan, malah saya ada pelanggan tetap.
“Saya menjual roti john biasa berukuran 30 sentimeter panjang dengan harga RM3.50 manakala bagi inti sardin dan rendang, saya meletakkan harga RM5 setiap satu,” katanya.
Suhaimi berkata dia berjaya menjual 300 biji sehari dan berdasarkan hasil jualan tahun lalu, dia mampu mengaut keuntungan sekitar RM10,000 hanya dalam tempoh sebulan berniaga.


eemmmm jual udang bakar blh jd kayo kan...
eemmm tapi yg kat umah tu.. tak la kata nak di bakor..
lagipun kat umah tu.. kecik skit dri yg dijual kat bazar2 ramadhan tu..
karang klu aku goreng udang tu.. ada yg melalak plak :D


Align Center

17 Ogo 2011

DURIAN RUNTUH DARI NUFFNANG !!

Salam Semua

Waduh...waduh...lama tak berhapdet umah blues clues ni...
dah berhabuk dah...
ish..ish..ish... nampak sgt tuan umah ni malas nak menghapdet dah..
aahhhaakksss... emmm takde apa nak story mory sgt pun..
tu pasal tak berhapdet.. smpi berhabuk dibuatnya.. :D
eemm hari ni dh 17 hari semua umat islam berpuasa kan..
ada yg dah buat persiapan raya ke... ??
aku belum buat apa2 pun lg..
cuma baju Mirul je la.. dah beli skit...
peruntukan raya thn ni lari dari bajet yg sepatutnya..
dgn keta buat hal... moto my cik abg rosak..
emmm dugaan sungguh.. byk memerlukan duit bulan ni..

Walaupun cenggitu.. syukur alhamdulilah..
di saat kesempitan tu.. ada gak rezeki utk Mirul berhari raya..
aku terima cek dari nuffnang ari tu..





walaupun tak seberapa.. tapi alhamdulilah.. ada la rezeki tuk Mirul..
dah selamat pun aku cash kan dan dah selamat pun aku beli baju raya Mirul..
syukur alhamdulilah... dpt la 2 pasang baju raya Mirul..
jadi la... janji dia happy..
ibu ayah.. tak de baju raya takpe..
pakai je baju raya thn lepas..
anak kena di dahulukan...
bab2 yg lain.. sekadar ala kadar je kot...
apapun alhamdulilah... terima kasih NUFFNANG


p/s: ni kali kedua aku cash kan duit dari NUFFNANG...


8 Ogo 2011

Dah Seminggu Berpuasa

Salam Semua

Selamat pagi Senin..
heh..heh..heh.. baru ni sempat nak menghapdet ya..
seminggu tak berhapdet...
al maklum la.. kena keja luar..
makanya... tak dan menghadpet bagai..

Emmm hari ni dah 8 Ramadhan kan..
kejap je dah seminggu kita semua umat islam berpuasa...
heh..heh..heh...aku baru nak citer pasal pose..
org lain dah hari2 citer pasal pose kan...
takpe la.. at least blh menghapdet dah ni..

Emmm pose thn ni... amat2 menduga keimanan aku tau..
First day pose aku telah di duga..
aku mula pose sambil menghadapi bengkak gusi..
perrggghhhh.. memang tak tahan rasanya.. berdenyut2...
sampai pening pala aku dibuatnya...
seharian aku terbaring je... sib baik la.. first day tu.. aku coti..
klu tak... memang tak blh buat keja langsung la...
hari kedua... aku dah start keja luar...
sib baik la.. masuk hari kedua tu...gusi dah tak bengkak sgt..
lepas aku mkn ubat...
tapi dugaan bagi ku gak..
kena keja luar di panas terik tu..
oohhh... sgt mencabar gak tu...
apapun... aku tetap teruskan ibadah poseku..
aku pertahankan... dan kuatkan semangat..
sepanjang 5 hari kena keja luar...
berpanas terik... tapi tetap ku tempuh...
tu semua dugaan kan...

Bila citer bab sahur... alhamdulilah..
belum lagi la.. terlajak utk masa ni...
bab berbuka plak... memang best la kan..
setiap hari g PARAM kat Pt. Raja...
suasana tu.. hanya terdapat dlm bulan Ramadhan je...
memang meriah...
macam2 juadah ada...
tapi aku tak la memborong sakan..
sekadar beli apa yg perlu je..
kan kita tak digalakan bersikap membazir...
lagipun.. setiap balik keja.. aku masih sempat masak..
menghidangkan makanan... utk keluarga...
pergi PARAM pun beli kuih2 n air tambahan je..
maklum la.. cocer panas kan.. asyik nak minum air je...rasanya..

Citer pasal pose ni..
sepanjang seminggu berpose...
Mirul memang aku ajar gak berpose..
tapi hanya blh bertahan smpi kul 10 pagi je..pastu.. ma.. nak susu... :D
sepanjang seminggu tu.. dia bgn sahur sekali je..
hari lain.. dikejut2... tak nak bgn...
bila bangun tu siap minta makan
pastu aku ajar gak dia niat pose..
ok la.. blh ikut...
heh..heh..heh.. takpe la kan..
pelan2...
emmm ok la.. tu je hapdet ringkas...
nanti free2 aku hapdet lagi k...





29 Jul 2011

Amboi Bergaya Sakan... SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..!!!

Salam Semua..

Selamat hari Jumaat....
arini buat keja luar ya..
tapi n3 ni tetap di publish
sebabnya auto publish...

Heh...heh..heh..heh..
hari ni dah 29hb...
kejap je dah nak akhir bulan kan...
dah nak masuk bulan baru kan..
dan dah nak puasa dah...
kejap je kan masa berlalu...

Okies hari ni nak story mory pasal dak Mirul ni...
bergaya ngan baju raya....
baju raya thn lepas yo...
ala yg bebenornya nak tgk muat lagi ke tak..
baju raya tu...
klu muat,... makanya baju raya thn ni.. ikut tu je la..
so opah.. apa lagi.. jahitkan baju Mirul ikut size tu ya..
cuma panjangkan skit je...
yg lain2 ok... ;D
mak aku yg tolong jahitkan baju dia..
nak harap aku.. alamat karang... mau baju senget benget kan..


okies.. posing2 dulu..

peace

amboi kemain encem berbaju melayu ya..
anak sapa la tu...

Okies la di kesempatan ini..
kami sekeluarga memohon maaf
andai ada terkasar bahasa..
tersilap kata..
andai ada yg terasa..
jangan di simpan di dalam hati..
Semoga ramadhan kali ini
akan membwa lebih berkat hendaknya..






28 Jul 2011

M'sia Vs S'pore : Semoga Berjaya Harimau Malaya

Salam Semuaa..


Selamat hari Khamis..
wala wei... baru Khamis rupanya...
aku ingatkan dah Jumaat..
sebab pagi tadi g keja..
jln lengang giler....
tak tau sebab apa..
mati2 aku ingat hari ni Jumaat dah...
smpi ofc... on pc... tgk date eh..eh... Khamis rupanya..
tapi napa jln lengang erk...
confuse jap...
agaknya hari ni ramai yg g tgk perlawanan bola
Malaysia lwn Singapore...
tu yg jln lengang kot....

Ya.... hari ni ada perlawanan bola kat Bukit Jalil..
Malaysia lwn Singapore...
agak2 korang.. sapa menang??
sebagai rakyat Malaysia... mesti la sokong Harimau Malaya....
dengan harapan... Malaysia menang 5 berbalas 1 tuk Singapore..
perggghh.... harapan 5 tu kan... :D
ok la tu kan... balas blk..
hari tu... Malaysia kalah 2 mata ngan Singapore kan..
so harap2 hari ni.. tertebus la kekalahan tu...
walaupun aku ni bukan la kategori fanatik bola..
tapi klu dah seisi umah tgk bola..
aku pun jd sama terikut tgk gak...
nak..nak.. Malaysia yg main kan...
kena la bagi sokongan padu gitu... ;D


Kepada pemain2 harimau malaya..
terus kan perjuangan tu...
main bersungguh2.... kuatkan semangat... kental kan tekad..
Malaysia boleh..!!!!
heh..heh... ada ke pemain2 malaysia baca blog akuu ni.. ;D
eemmm takpe.. apapun Go..Malaysia....!!!!

p/s: heh..heh..heh... nanti ptg nak tgk bola ni..dpt tgk kat tv pun jd la...
ceh.. aku plak yg bersemangat waja gitu...