N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

9 Dis 2010

Citer Org Lelaki Plak !!!

Salam Semua....

Dah lunch belum...
korang lunch apa hari ni...
aku cam biasa gak..
(aaahhhaakkss... asyik la cam biasa kan.. ntah apa yg cam biasa..)
makan nasi campur je kat kantin... malas nak g mana2...
eemmm tadi pagi kan aku dah publishkan n3 berkenaan wanita..
sekarang ni aku nak kongsikan ngan korang pasal SOMI a.k.a lelaki plak..
eemmm adil la kan.. tak la kata asyik citer pasal pompuan je..
kena gak citer pasal lelaki gak kan..
okies nak tau apa dia..
meh baca email yg aku dpt ni..


( Gambar Hiasan )

PENGORBANAN SUAMI PADA ISTERI/LELAKI PADA WANITA


Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..



1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki. Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.



2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah, semuanya lelaki lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.



3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. Lelaki sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakannya.



4. TUALA, lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..



5. BAJU, lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa, tp wanita pakai dua (baju dalam)..



6. BARANG KEMAS, lelaki tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. tp beli jugak utkisteri.



7. ALAT SOLEK, lelaki rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi Sanggup beli utk isteri.



8. KASUT, lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumittinggi.



9. REHAT, 90 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedangkan lelaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama.



10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki, Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.



MORAL : JGN DERHAKA PADA SUAMI..TAK ELOK TAU.. HAHAHAHA...


Sumber : Email Yahoo Group
JANGAN MARAH YER..


***********************************************

aahhhaaakkssss.... sekadar citer2 kosong di tghari...
layan kan... :D





Kerja dari Rumah klik sini

Cara Memikat Hati Wanita

Salam Semua...

Selamat pagi Khamis...
Khamis yg biasa2 je...
yg biasa tu maksudnya...
sama gak cam hari2 yg di lalui..
pagi2 bgn mempersiapkan diri...
hantar Mirul... gerak ke ofc, menempuh jammed bagai...
kira biasa la kan...
takde la apa yg menarik pagi2 ni...

Emmmmm hari ni nak celoteh pasal apa ya..
aahhaaa.. semalam aku ada save kan satu email kat daft..
email berkenaan wanita....
so hapdet hari ni nak kongsikan ngan korang pasal ni


Cara Memikat Hati Wanita

meh baca...

1) Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wanita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.

2) Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

3) Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

4) Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

5) Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

6) Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!.

7) Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.

8) Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

9) Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

10) Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

11) Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.

12) Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting.

13) Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk. Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

******************************************

so apa pendapat para wanita diluar sana... setuju tak ngan artikel yg aku kongsikan ni... meh kongsikan kat sini....





Kerja dari Rumah klik sini

8 Dis 2010

Citer Apa Plak Hari Ni

Salam Semua...

Selamat pagi Rabu...aahhhhaakksss..
semalam kan cuti2 gitu.. so ingat cam hari ni hari Senin la plak..
eemmm semalam cuti sempena Maal hijrah kan...
pagi ni nak kata bersemangat tu... tak sgt kot..
al maklum la tgh2 minggu kan..

Semalam duk umah seharian...
memang tak planning nak kemana2..
ala cuti sehari je kan..
tak blk BP pun... penat weeeiiiii...
lagipun klu blk bukannya my cik abg ada..
dia keja semalam... keja kilang memang la kan..
tak semua public holiday diaorg ambik kan.. :D
so semalam duk umah layan dak Mirul..
skkkeee la dia.. bila celik mata tgk ibu dia ada..
cuma pagi semalam g Giant jap
atok ngan opah Mirul ajak g beli barang..
tu je la.. pastu cocer ptg semalam ujan plak tu..
eemmmm lagi la bermalasan kat umah je.. :D

Semalam seharian bertenet kat umah..
bergilir2 ngan adik aku..
pastu baca la segala email yg tak terbaca..
sekali terbaca pasal satu artikel ni...


Siti Aishah Saman Uncle Seekers

aku pun duk baca la...kisahnya..
nak tau.. meh aku kongsi kan kat sini...


KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka ketika ini.



Sumber : Berita Harian Online
SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN...
APA MOTIF UNCLE SEEKERS TU DOK SIAR BERITA DIA DENGAN BEKAS PERMAISURI AGUNG PUN TAK TAU LA.... MENCARI PUBLISITI ?

p/s : Nak baca di blog uncle seekers tu ? http://uncleseekers.blogspot.com/ <-- klik sini

**********************************
tu aku copy n paste kan semula email yg aku terima..
jgn plak ada yg banned aku pasal isu ni..
aku sekadar kongsikan email yg aku terima...

sapa masih ingat ngan Siti Aishah bekas Permaisuri agong kita dulu..
aku ada terbaca pasal ni kat blog Yan klu tak silap aku..
pasal uncle seekers ni..
tapi masa tu aku cam tak ambik port la pasal ni...
just baca sekali lalu je.. aku pun yg bebenornya tak berapa mengikuti citer yg sebenar..
tapi dah terbaca kat blog yan aritu..
tu yg rasa cam eh.. ya ke.. jd cam ni..
eemmmm wallahua'alam....






Kerja dari Rumah klik sini

7 Dis 2010

Contest : Suka-Suka Main Air giveaway by erin

Salam Semua....

Kali ni aku teruja nak buat n3 berkenaan contest lagi..
setelah di invite oleh tuan umah..
ala saja2 join.. beri support pada member blogger kan..
tak kisah la menang ke kalah..
janji happy...
okies kali ni nak menjoin contest ni...





eemmm tu dia...
suka2 main air lagu uuuu..
jom baca segala syarat2 yg di perlu tuk join contest ni..

******************************************

Korang dipersilakan untuk join pink heArt nyer Giveaway
bermula
2.12.2010 hingga 12.12.2010
kerana hadiahnyer MENARIK & SEKSI

SYARAT-SYARAT:
1. Terbuka kepada semua blogger yang beralamat di Malaysia. Klo duk oversea pon bole juin janji ada alamat kat Malaysia...

2.Jadik follower erin~ http://ehemsz.blogspot.com ~ dan letakkan di blogroll anda

3. Tepek gambar anak korang sorang-sorang... yang berusia 1 hingga 3 tahun (2007-2009)
BERAKSI SUKA-SUKA MAIN AIR.
Tak kesah lah main air terjun ker, air banjir ker, swimming pool ker, yang penting AIR.. air dalam bilik air pon bole... YANG PENTING
AKSI MESTI DA VASS.
sertakan nama anak comell korang tu tau

4. uppss TAJUK DI ATAS saja yang diterima yer..
Jangan lupe banner contest DI ATAS SETIAP ENTRY dan di SIDEBAR blog korang. Upppssss link back ke entry ini yer.

5.Bila dah siap jangan lupa tinggalkan komen kat entry ni yer... senang untuk gue terjahh.

~HADIAH YANG SEKSI~
swimming suit~untuk si seksi girl
swimming short~untuk si hot boy

hadiah mungkin akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan hehehe

**********************************************
okies tu dia segala syarat marat dari erinz pihak penganjur..
so sebagai memenuhi syarat2 yg dikehendaki tuk contest ni..
ni aku up 3 keping gambo Mirul yg ala2 seksi meksi
yang ala2 Daaaa Vaaaasss ketika bermain air..
(giler kose erk... smpi 3 keping gambo... harap maaf ya puan penganjur... pening tak tau mana nak pilih... puan penganjur blh la ambil salah satu gambo yg berkenan tuk contest ni.. )


hah tu dia aksi budak bam bam di dalam air...
1st gambo tu masa Mirul umur setahun tak silap aku..
yg dua lagi tu.. kira gambo terbaru la juga..

NAMA : MOHAMMAD AMIRUL HISHAM
UMUR : 3 THN 9 BULAN

so harap puan penganjur berpuas hati hendaknya...
dan akhir kata doakan kejayaan kami...






Kerja dari Rumah klik sini

6 Dis 2010

Tahniah To Follower 301 a.k.a 300

Salam Semua....


Ahhhhhaaaaa.... n3 adalah n3 yg amat aku tunggu2..
sebabnya.. ada surprise yg aku nak buat..
nak tau apa dia...
hah.. aku saja tak nak war2 kan pasal surprise tu..
bila dah tiba masa baru aku war2kan kan kat blog blues clues ni...
aku just duk perhatikan je.. bab follower2 cutemiut kat side bar tu..

Okies korang nak tau apa dia..
ni surprise yg aku nak bagi tau..
khas tuk my 301 or actually my 300 follower cutemiut..
eemmmm pasal apa plak aku kata yg follower yg 301 tu menjadi follower 300
sebabnya aku tgk follower tuk 297 & 298 adalah org yg sama..
so tu yg follower 301 menjadi follower yg 300 bebenornya..
emmm korang faham ke apa yg aku nak smpaikan ni...
dulik.. janji aku nak bagitau khas tuk follower ke 300 blog cutemiut
akan mendapat skit cenderhati dari aku..
eemmm nak tau sapa kah yg bertuah tu..
*
*
*
*
*
*

kenal tak follower tu..yg aku kotak merahkan tu
meh tgk sapa kah gerangan follower yg ke 300

tahniah kepada notti netti
(klu tak silap ni best friend mummy ayu)

terima kasih diucapkan sebab sudi menfollow blog blues clues yg cutemiut ni..
sila emailkan nama, alamat, no tel ke
cutemiut78@yahoo.com
hadiah insyallah akan di delivery klu takde aral melintang..

thank a lot pada followers yg lain gak..
sebab sudi menfollow blog aku yg tak seberapa ni.. :D




p/s: eemmm dah nak akhir thn kan..rasanya cam aku nak buat lagi surprise tuk pembaca2 blog cutemiut ni...nak tau apa.. rajin2 la menyinggah... mana tau nasib kan.. blh dpt hadiah misteri dari cutemiut.. :D






Kerja dari Rumah klik sini