N3 Contest d Cutemiut78

Kepada sesapa yg ternampak no2 * 220407 * 270878 * 291076 * yg tertera di side bar pengunjung di blog ni sila print screen dan hantarkan email ke maizaazrina@gmail.com utk penebusan hadiah misteri.. :D

30 Sep 2009

Kusyuk Membaca !!

Salam semua..

Hah.. dah habis story mory pasal raya aku kan..
kiranya raya thn ni.. yg meriahnya Mirul je la kot..
cam kami2 ni biasa2 je.. tapi bila tgk Mirul happy,
kami pun turut happy gak..
ayah Mirul excited tau.. nak tau berapa collection Mirul utk thn ni..
alhamdulilah thn ni Mirul dpt byk skit la dari thn lepas.
Ate thn lepas kami tak beraya sgt..
sebabnya kan sepupu aku kawin pada raya ke-3 kat Perak thn lepas...
jd collection raya Mirul kuuurreeenngg la utk thn lepas.
Emmmm pas ni blh la g masukan duit Mirul tu kat bank..
bertambah la skit duit simpanan Mirul.
Bukan utk org lain.. utk masa depan dia gak kan..


okies.. yg bebenornya aku bukan la nak story mory pasal duit collection Mirul tu..
tapi nak story mory gelagat Mirul bila dlm keta...
Jom tgk aksi Mirul bila kat dlm keta..

hik..hik..hik.. tgk la mana dia duduk..
memang dia skee duk kat celah2 tu..
perantaraan kusi depan ngan kusi belakang..
masa ni dia tak perasan ibu dia duk snap gambo dia tu...serius la konon baca pamplet astro tu.. konon cam faham la kan..
ni kira klu mood dia baik la..
tapi klu kena mood tak baik..
alamat, cam nak gegar keta dibuatnya.. jap nak kedepan.. jap nak kebelakang..
jap suruh aku duk belakang ngan dia... jap baring la... adddoooiii fening pala tau..
mulutnya tak reti diam.. ada je yg nak di colotehkan..klu time aku ngan cik abg duk berbual2.. dia pun sama sibuk nak berbual..


hah.. see ni dia dah perasan ibu snap gambo dia...
heh..heh..heh.. serius kan.. dia marah tak kasi ambil gambo dia

hik..hik..hik.. lawak je Mirul ni tau..
apapun dia tetap maintain cute...



tambah pendapatan pas raya ni..
http://www.danaraya.com/?id=cutemiut78
http://hits-web.com/?ref=579
http://jomrm.com/?ref=277


Raya Ke-3 ; Ke-4 ; Ke-5.....

Salam Semua..

Story mory masih lagi berkisar tentang raya..
ate raya kan sebulan..makanya citer raya tu tak habis2 la kan..
tapi takpe.. korang jgn risau.. aku punya citer raya mungkin setakat ni kot..
maklum la bila dah seminggu raya.. jadi citer raya kami hanya seminggu je la..

okies.. utk raya ketiga kami..
macam tahun2 lepas gak la.. raya ke-3 ni mesti ada baraan a.k.a marhaban beramai utk kaum lelaki. Dah nama pun kami ni duk kg kan.. makanya kena la join masyarakat kg dlm prorgam2 camne.. klu tak nnti org ingat kita sombong tak mau bercampur ngan masyarakat..
so bagi aku la.. saat camni la yg seronok dpt berjumpa dan bermaafan diantara satu ngan lain.
Memang meriah.. baraan kg cik abg aku ni.
Blh dikatakan semua rumah kat kg tu akan disinggah dan marhaban bersama2...

Sama gak la ngan baraan utk org perempuan.
Cuma utk org perempuan ni.. baraannya pada hari raya - 4.
Jadi pada yg dah keja tu.. tak dpt la nak menjoinkan diri..
utk thn ni aku dpt ikut baraan bersama org2 kg ni.. seronok tau.. dpt kenal antara satu sama lain
maklum la cam aku ni kan bekerja.. jd tak dan nak kenal semua org2 kg tau.. saat ni la dpt kenal antara satu ngan lain..

Utk budak2 tuan rumah pastinya menyediakan jajan2 dlm plastik kecik
berserta duit syiling 50 sen.. jadi meriah la budak2 yg ikut..
Mirul plak.. thn ni dpt gak join baraan ni..
tapi tak semua umah la dpt g..
mungkin bagi dia suasana tu.. baru kan.
Masa baraan lelaki ayah dia bawa gak la.. tapi budak kan..
panas la.. rimas la ngan org2 ramai.. makanya dpt la dua tiga buah rumah..
jadi la kan.. saja nak bagi dia rasa suasana tu..
memang meriah dan memang seronok..
gambo2 masa baraan tu.. idak le aku snap kan..
karang ada plak yg kata aku jakun kan..
segan gitu... so aku abadikan dlm bentuk karangan je la ya..
(pada yg duk kg cam aku, mesti rasa suasana baraan beramai2 ni..)

so utk raya ke -3 dan ke -4,
kami tak la beraya kemana2...
ate dah join baraan kan..
bukan skit tau umah kat kg aku ni.. ada dlm 120 buah rumah..
tu yg kena start baraan awal pagi.. klu nak cepat habis la..
tu pun masa habis baraan tu.. dkt kul 3 ptg gak la..
tu tak semua umah yg ada org..
nasib2 la kan.. penat memang penat..
tapi puas hati sebab dpt beraya satu kg..
bila lagi nak beraya satu kg.. ni la saat nya.. :D

Pas dah habis baraan perempuan pada raya ke-4 tu
kami kena hantar kakak abg aku blk ke Felda Moakil..
makanya aku blk je dari baraan, mandi2 salin2 dan siap2 semua..
terus kami bergerak ke Felda Moakil.
jom layan gambo kami yg tak seberapa tu dulu..
(karang klu baca je.. juling plak mata korang kan..so cuci mata tgk gambo la plak)

hai semua... gambo ni masa dah siap2 nak g hantar kakak ipar aku blk ke Moakil..

hik..hik..hik.. disebabkan gambo kami berdua di hari raya kedua adik aku terdelete.. makanya tebus gambo kami berdua utk hari ni.. cuma bezanya cik abg aku tak berbaju melayu..

kami lagi.. blues clues gitu.. aaahhaaakkkk

dan sudah semestinya kami bertiga... (oh.. Mirul bertambah2 semangat gitu.. ayah pun tak larat nak dukung dah tu..)

So dlm perjalanan ke Moakil tu.. kami sempat lagi g beraya kerumah sedara mara belah biras aku kat Yong Peng.. tu pun sebab biras aku ajak, klu tak idak le kami beraya kot. Sebelum hantar kakak ipar aku blk terus ke Moakil, kami cadang terus beraya kerumah kakak abg aku yg sulung kat Felda Redong.. nanti kan senang, tak yah nak fikir2 bila nak g beraya kan.. dah namapun satu hala.. (kakak ipar aku yg duk Moakil ni.. kakak abg aku yg kedua..) so kami terus la ke Redong, smpi2 pun dah petang sgt dah.. biasa la kan.. klu raya umah adik beradik ni.. bukan blh kejap2.. duk beraya sambil bersantai gitu.. makan2.. borak2.. dkt kul 10 mlm juga baru gerak ke Moakil. Ate klu dah mlm tu.. alamatnya kami terus tido umah kakak ipar aku yg kat Moakil tu je la.. sib baik memang dah prepare baju semua.. klu tak, mau tak berbaju kan.. :D

Pagi2 raya ke-5 kami terus gerak blk kerumah.. bila dah blk umah.. duk berehat2 je la kat umah sambil tunggu org datang beraya.. tapi takde yg datang beraya.. ate dah raya ke-5 kan.. tentunya dah ramai yg mula keja..

Raya ke-6 plak.. cik abg aku pun dah mula keja.. cuma aku je la yg masih lagi duk sambung coti2.. so mlm tu la baru kami gerak beraya kerumah sepupu2 dan sedara mara abg kat BP.. dan pada mlm tu gak la biras aku yg sakit kat spital Sultan Ismail tu..dibawa blk ke hospital BP dengan ambulans.. sempat gak kami jumpa kakak ipar aku tu kat spital BP.

Raya ke-7 dan ke-8 kami tak beraya kemana pun... cuma beraya ke rumah sedara2 yg masih belum pergi.. lagipun masa tu cam dah takde semangat nak raya.. memandangkan keadaan biras aku yg hampir2 tenat tika itu..

so tu je la story mory raya aku..utk seminggu raya tu.. tamat sudah. Utk kengkawan blogger yg sedaerah ngan aku, insyallah ada masa aku dtg beraya kerumah korang erk.. tapi jgn plak tutup pintu tau.. sian aku nak dtg beraya.. apapun kepada rakan blogger yg sedaerah ngan aku, klu aku nak dtg beraya.. akan ku info dan calling korang.. (tu pun klu korang sudi nak terima aku dtg umah korang la..klu tak, takpe la.. aku tak berkecil hati pun :D )

tambah pendapatan korang..

Raya Kedua Kami

Salam Semua..

So camne ngan hari ni.. ok sihat dan ceria semua..
mesti mood berkerja tu dah mula kembali kan..
tapi dalam pada tu.. mood raya masih lagi terasa kan..
maklum la raya kan sebulan gitu.. :D
okies hari ni aku nak sambung plak story mory aku utk raya kedua, ketiga, keempat..
disebabkan gambo2 utk raya kedua, adik aku terdelete.. (sedih wwooooo gambo raya tak byk utk thn ni... )
makanya aku story mory secara ringkas je la ya..

Hari Raya Aidilfitri - 2

Raya kedua kami, masih lagi di JB.
Plan asal kami nak blk ke BP seawal yg mungkin la kan..
tapi ubah plan.. bila mana kakak2 dan abg2 ipar aku dari BP nak ke JB.
Diaorg nak g menziarahi biras aku yg sakit kat spital Sultan Ismail tu..
makanya kami ubah plan blk BP lewat skit la..
dlm pada duk tunggu dioarg tiba...
umah mak aku pun ramai gak yg dtg berkunjung utk berhari raya..
so penuh sesak la umah mak aku tu..
sib baik kami belum blk lagi.. klu tak.. tak jumpa la ngan sedara mara yg datang..
dlm pada duk sibuk melayan tetamu tu..
kakak ipar aku msg mengatakan diaorg bertolak dari BP dlm kul 2 ptg gitu..
makanya dia minta kami blk BP dulu.. tukar turn jaga umah plak..
yelah kan raya.. dah la tu umah pusaka.. makanya ramai la yg bakal mengunjung..
jadi kami bincang2.. makanya kami blk BP dlm kul 12 tghari tu..
perjalanan blk BP tu.. alhamdulilah masih lagi lancar..
kenderaan pun tak byk sgt la..
kami smpi di tol Ayer Hitam, kakak ipar aku msg tanya kat mana..
rupanya kami berselisih jalan.. dia pun kat tol Ayer Hitam..
tapi kearah JB , kami plak ke arah Ayer Hitam..
sesampai je kami di rumah.. sedara mara belah cik abg aku datang serbu..
memang ramai gak la..sib baik kami blk.. klu tak. diaorg dtg umah.. takde org..
ptg tu.. pas dah tetamu blk.. kami pun ambil kesempatan berhari raya ke rumah jiran2 terdekat..
tgh duk berhari raya tu.. dpt plak msg dari Ct Rahani
mengatakan nak dtg beraya kerumah aku.. kebetulan dia beraya ke rumah sedara dia di Senggarang.. wah.. tak sangka plak aku..hik..hik..hik..
dlm pada tu.. sian gak kat Ct, sampai tersesat bagai nak kerumah aku..
tapi sib baik la sampai gak kerumah..
emmmm gambo2 pertemuan kami.. nak kena la tunggu Ct upadate blog dia..
sebabnya.. aku memang tak snap satu gambo pun..
so Ct, cepat2 update blog ya...
pas Magrhib baru la Ct blk ke rumah mertuanya di Benut..
Maaf ya Ct, dtg umah akak.. makan kuih raya je..
ate kelam kabut bagai kan.. tak sempat nak masak2 apa..
so tu je la story mory utk raya kedua kami..

p/s: ada lagi tau.. story mory pasal raya ni..


nak tambah pendapatan... klik sini

29 Sep 2009

Sambung Raya Pertama!!

Salam semua..

Okies ni sambungan raya kami..
pas dah rehat2 kat umah.. ptg tu pas solat Asar kami pun cadang bergerak lagi utk beraya kerumah adik beradik ayah aku..
adik beradik ayah aku ni mesti kena pergi beraya..
klu tak.. ada yg muncung nanti.. (ayah aku ni jenis tegas.. so kena la ikut kata dia)
maklum la bukan selalu pun nak beraya kan.. setahun sekali je..
memang blh dikatakan adik beradik ayah aku ni ramai kat JB la.. senangkan tak yah nak g jauh2
jadi kami cadang nak perabihkan raya hari tu gak la..
Kali ni kami beraya guna satu keta je.. adik aku yg no.2 tu bawa keta sendri..
nak jalan ngan tunang katanya.. emmm yelah org ada tunang kan..
so beraya la kami.. tapi sebelum kami meneruskan perjalanan utk beraya tu..
kami singgah jap di Spital Sultan Ismail (ala spital sultan Ismail ni bukan jauh nor dari umah mak aku.. hanya 10 minit je perjalanan )
kesian plak kakak ipar aku yg jaga laki dia tu.. duk beraya kat spital thn ni..
makanya kami dtg ziarah la.. bawakan gak makanan utk dia..
sapa yg tak sedih kan.. beraya kat spital..
pas dah g ziarah dia.. baru la kami beraya..
blh dikatakan hampir kesemua rumah makcik2 dan pakcik2 kami g beraya
memang cadang sebelum blk BP kami nak beraya semua..
ni je la masa utk kita bermaafan dan berjumpa ramai2 kan..
yg meriahnya budak Mirul tu la.. byk dpt collection duit raya..
memangnya klu beraya belah aku ni.. agak lumayan la Mirul dpt..
dan bila dah jumpa 2 pupu dia... makanya sakan la main je.. tak hingat nak blk ke apa..
jom layankan gambo Mirul beraya


heh..heh..heh.. hai semua.. ada yg windu2 kat saya tak.. songkok tu.. adik aku yg g belikan.. tapi agak terkecik la plak..

actually gambo ni gambo masa dlm perjalan nak blk umah.. dah kepenatan + kepanasan.. makanya hilang sudah baju melayu

hah ni plak.. Mirul nak main buai tu.. masa ni kami beraya kerumah kawan mak aku yg kebetulan dekat ngan umah makcik aku di Kg. Melayu Majidee, JB. See muka budak takut nak naik pada mulanya

Duduk pun ala2 cam takut2 gitu.. buai tu kan besar dari dia.. bukan buai yg cam selalu dia naik tu..

hah.. bila dah pandai nak stabilkan kedudukan.. tersengih2 plak...ssskkee la tu.. dah pandai nak main buai rotan tu..

dan.. peace utk semua...


wah.. dah pandai main buai tu.. siap blh lambai2 tangan lagi kat kami yg duk tgk dia main tu..

hah.. tu la gelagat Mirul.. Kami sampai umah dekat kul 10 gak la.. letih dan penat beraya. Tapi puas hati sebab dapat habiskan beraya umah adik beradik ayah aku. Korang jgn pelik plak napa belah ayah aku je kami g beraya.. tak beraya belah mak aku, sebabnya mak aku ni org Perak dan kebanyakkan adik beradik mak aku ni semua tinggal ka KL nun.. jadinya tak dan la kami nak kesana kan.. memandangkan cuti mak aku pun tak lama.. (tapi memang dah lama bebenornya kami tak blk Perak sebab dah takde sapa pun kat sana.. hanya makcik aku sorang je kat sana.. ) so tamat la story mory raya pertama kami..

p/s: nak sambung gak story mory raya kedua, ketiga, keempat..blla..bla..bla...bla... :D

Raya Pertama Kami

Salam Semua..

Hah... aku baru je dpt gambo2 raya kami..
adik aku baru je email tadi so baru seronok nak sambung story mory raya aku..


Hari Raya Aidilfitri - 1

Seawal pagi lagi aku dah kena bangun nak kena tolong mak aku siapkan semua..dari gosok baju raya.. sampai la siapkan segala hidangan utk santapan pagi raya..selalunya di pagi raya memang camtu la rutin klu beraya dirumah mak aku.. dan sudah semestinya hidangan utk hari raya pertama adalah SOTO dan mesti ada BERGEDIL emmm tu kira trandemark umah mak aku tau(gambo cam biasa la kan.. enggak ado.. dah sibuk lupa dah nak snap gambo makanan bagai.. ) pas dah siap semua.. baru la ke masjid utk solat hari raya
jom layankan gambo2 raya kami..



sudah semestinya gambo kami 3 beranak... opppss muka dah berminyak2 cam tak sessuaai plak kulit aku ngan color ni.. (gambo ni masa kat umah atok aku..pas dah makan2 semua)


hah ni la mak dan ayah aku...

Lepas blk solat hari raya.. makanya sesi makan2 dulu, dah kenyang perut makanya sesi bermaafan plak

dimulakan ngan sesi bermafaan mak aku ngan ayah aku

dan diikuti oleh aku sebagai anak yg tua.. minta ampun dan maaf dengan mak dan ayah

diikuti menantu sulung.. sapa lagi cik abg aku la... bermaafan dengan mertua

dan seterusnya adik aku yg no.2 a.k.a pokcik mirul bermafaan dengan mak dan ayah

dan akhir sekali adik aku yg no.3 a.k.a pak usu Mirul bermaafan ngan mak dan ayah

oopppss Mana Mirul... hah, Mirul masa ni tgh mengamuk sebab kena kejut bangun pagi2.. jadinya mood tak berapa baik..

pas dah siap sesi bermaafan.. makanya bergerak la kami 2 keta ke rumah tok aku di Kota Tinggi. Memang begitu la kami beraya.. pastinya selepas sesi bermaafan di rumah kami akan ke Kota Tinggi beraya kerumah atok aku plak. Di rumah atok aku, kami mkan2 lagi.. juadah hari raya di rumah atok aku.. adalah nasi lemak special.. emmm lain dari yg lain.. pas dah sesi makan2.. so apa lagi.. bersantai2 dulu dan berposing2 la kan..

bergambar kenangan bersama atok aku.. (yg duduk pakai baju merah tu... )

dan ini la family kecik kami...(ni family belah aku..klu belah cik abg aku.. emmm ramai yg amat..)

pas dah posing2, dah kenyang.. makanya kami cadang blk umah dulu.. rehat2 sambil tunggu org datang umah tuk beraya.. baru la kami gerak beraya lagi..

p/s: kena sambung lagi daaa...



jom tambah pendapatan..