Salam Semua..
Kali ni aku nak menyetelkan utang tag aku. Tag kali ni dtgnya dari member blog aku yg lagi brutal, yg skke menyakat aku.. tapi dia baik hati dan memahami aku.. kira ni geng sekepala.. disebabkan aku ni salah sorang followers dia.. makanya aku terkena gak la tag dari dia.. jom tgk tag kali ni..
Memula upload gambar kahwin yang paling digemari

~ Skkee tgk gambo yg atas tu.. rasa cam mendamaikan je
~ Skkee gak gambo yg kedua tu.. yg mana aku nampak lain dari yg lain.. ate pengantin kan.. harus la berseri2 kan
~ skkkee gambo dua2 ni sebab tu la gambo kenangan perkahwinan kami yg berlaku seumur hidup..pas ni takkan nak naik pelamin lagi kot.. ish.. minta dijauhkan la..
~ sskkkee gambo2 ni.. sebab gambo yg atas tu... adalah gambo masa hari persandingan kami masa dirumah aku.. dan gambo yg bawah tu.. di hari persandingan kami masa dirumah cik abg syg..
Bila tarikh pernikahan dan di mana?
Tarikh pernikahan kami 7 July 2006 hari Jumaat. Pada tepat Jam 10 pagi dengan sekali lafaz makanya sah la kami sebagai suami isteri.. dan kami dinikahkan di Dewan Kompleks Islam Johor Bahru bersebelahan ngan masjid Sultan Abu Bakar JB.. (ala masjid yg atas bukit tu la..)
saat selepas kami dinikahkan.. masa ni acara sarung cicin dan pembatalan air sembahyang..masa ni dah kat umah la.. sebab masa nikah kami tak bawa brg hantaran.. so pas solat Jumaat baru la pihak lelaki datang bertandang kerumah utk penukaran barang2 hantaran..
Tema kaler?
eemmmm tema masa kat umah aku...harus la blues clues gitu.. dan tema masa kat umah belah lelaki acutally aku ngan cik abg decide nak buat kaler gold.. tapi ntah camne.. kakak ipar aku tersalah pilihkan baju pengantin kami.. dia terpilih kuning keemasan la plak.. dah jadi cam ala2 raja dan pemaisuri dolu2.. heh..heh..he..anyway sib baik ok la kan.. tak la berapa nak kuning.. cuma cam tak berapa sesuai la plak ngan kulit cik abg syg aku tu.. :D
Mengapa memilih si dia untuk menjadi teman hidup?
eemmmm... aku memilih dia kerana dia amat2 memahami aku.. aku amat menyenangi ngan perwatakan dia yg selamba,dan juga bertanggungjawab.
wakakaka.. masa ni cik abg aku ni so siyes la muka dia.. maklum la tgh panaskan...berkerut dahi tahan panas...
Nyatakan harapan dengan ikatan perkahwinan ini?
Harapan aku dengan ikatan perkahwinan ni.. semoga ikatan perkahwinan kami ni kekal bahagia hingga keakhir hayat.. seperti pasangan2 yg dah berkahwin kan.. sudah semestinya nak kan kebahagiaan kekal milik abadi.. tak sapa nak kan perpisahan terjadi.. so cam tu la harapan aku terhadap perkahwinan ni.. harapan tinggi menggunung..

ok.. dah alang2 kan aku buat tag perkahwinan ni.. so nak publish la skit gambo2 masa aku nikah dan gambo2 masa kat tmpt cik abg syg..kira ni la gambo2 kenangan kan.. gambo2 masa kat umah aku.. korang mesti dah tgk kat slide tu kan.. so ni kira yg takde dlm slide tu tapi just khas utk tatapan korang.. sorry la gambo agak blur2 plak.. sebab malas nak buka dari pelekat album tu.. takut rosak plak gambo2nya kan.. makanya aku just snapkan blkni masa nak tunggu kedatangan suami tercinta...
bersama barang2 hantaran dari pihak aku.. 13 dulang
hantaran dari cik abg aku.. 11 dulang..actually + ngan hadiah kereta yg aku guna sekarang ni.. tu kira hadiah perkahwinan kami dari cik abg syg..dan masa ni selepas majlis sarung cicin bersama kakak2 ipar aku..
hah masa ni plak.. kat belah cik abg aku.. lepas acara sanding...
masa ni tgh ada acara silat pengantin


